■Sentiasa berdoa agar disayangi.
■Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
■Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
■Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
■Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
■Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
■Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
■Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
■Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
■Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
■Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
■Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
■Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
■Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
■Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
■Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
■Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
■Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
■Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
■Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
■Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
■Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
■Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
■Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
■Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
■Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
■Sentiasa lakukan ibadah bersama.
■Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
■Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
■Urut belakang isteri sekali sekala.
■Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
■Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
■Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
■Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
■Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
■Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
■Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
■Lebihkan isteri daripada anak-anak.
■Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
■Seeloknya masuk tidur serentak.
■Belai isteri sebelum pergi kerja.
■Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
■Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
■Lakukan riadah bersama isteri.
■Pergi berkelah sekali sekala.
■Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan