Fakta Menarik Khasiat Mandi
Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau bacin, kan? Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.
Mari kita ketahui fakta tentang kelebihan mandi yang kurang diketahui umum;
1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.
2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.
3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.
4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.
5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.
6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.
Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.
Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Ahhah, tapi janganlah terlalu kerap pulak. Secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan