Rabu, 3 Mac 2010

REMEH-TEMEH

Semalam saya telah pergi berjumpa Pengetua sekolah baru anak saya, kerana menghantar surat tidak puas hati di bawah. Perkara ini adalah diatas saranan PPD. Entah kenapa kali ini saya boleh naik angin, sehingga saya menulis surat berikut dan pergi berjumpa dengan pengetua sekolah baru anak saya....

PENEMPATAN ANAK
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dukacita dimaklumkan, saya tidak puas hati perihal ketidakterimaan penempatan anak jagaan saya iaitu Fathimah Az-zahrah binti Rusli (Tingkatan 4) dan Muhammad Basyirul Hafiy bin Rusli (Tingkatan 1) pada hari pertama (01 Mac 2010) di sekolah tuan, oleh GPK HEM sekolah tuan.
3. Saya tidak puas hati adalah kerana perkara-perkara berikut:
3.1 Alasan ketiadaan fail dan fail tidak lengkap daripada sekolah lama
sedangkan perkara ini boleh diuruskan selepas anak-anak ini masuk ke
sekolah dan jika fail itu tidak ada, boleh dibuat fail baru
3.2 Ketiadaan fail/fail tidak lengkap ini bukan disebabkan oleh kesalahan
anak saya,tetapi kerana kesilapan sekolah lama yang tidak menyediakan
fail tersebut sedangkan permohonan pertukaran tersebut telah di hantar
seminggu sebelum tarikh pertukaran. Pihak pejabat sekolah lama mengarah
saya/ anak saya untuk mencari/meminta fail itu sendiri kepada guru
kelas yang mana sepatutnya pihak sekolah menyediakan fail tersebut
apabila tahu murid tersebut ingin bertukar
3.2 Alasan berambut panjang sedangkan perkara ini boleh diuruskan kemudian
3.3 Murid tidak ditempatkan di kelas yang sepatutnya setelah murid ini
mendaftar, sehingga murid ini keberatan untuk pergi ke sekolah pada hari
berikutnya kerana tidak tahu mahu memasuki kelas mana. Murid
sepatutnya ditetapkan kelas setelah mendaftar dan GPK HEM tidak ada
kuasa untuk menghalang murid ini untuk masuk ke kelas.
3.4 Pihak berkenaan tidak memaklumkan kepada saya perkara yang berlaku
sedangkan saya telah meninggalkan nombor telefon saya sebelum saya
meninggalkan murid berkenaan di sekolah tuan, sebaliknya mengarahkan
anak ini menelefon saya sendiri. Berdosakah/salahkah pihak tuan untuk
menelefon saya untuk memaklumkan kepada saya perkara yang sebenarnya.
Sebaliknya saya yang menelefon ke sekolah setelah anak saya menelefon
untuk menjemput mereka.
4. Sayugia saya sebagai hamba Allah yang memang tidak sempurna ingin mengingatkan (kepada diri sendiri juga) sedaya termampu supaya menjaga hubungan sesama manusia. Sebagai manusia sesama manusia seharusnya kita ada sifat toleransi dan budi bicara kerana perkara tersebut di atas bukan tidak boleh diselesaikan kemudian dan salah di sisi undang-undang jika kita menafikan hak untuk seseorang murid itu belajar . Dosa kepada Allah kita boleh minta ampun kepada Allah dan Allah itu Maha Pengampun, dosa sesama manusia kena minta maaf kepada manusia itu sendiri, jika manusia itu tidak mahu maafkan?
5. Besarlah harapan saya agar perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin oleh pihak tuan, segala keterlanjuran kata saya mohon ampun dan maaf. Kepada Allah kita berserah.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan