Khamis, 25 Mac 2010

KIAMAT SUGHRA 2012????

Saya baru mendapat email ini dari seorang kawan semalam. Saya lampirkan di sini untuk renungan dan tindakan kawan-kawan semua.

Untuk renungan dan persiapan kita semua....

Sains dan teknologi Allah beri kepandaian dan keupayaan kepada akal
manusia... namun bilakah tarikh sebenar kiamat hanya Allah jualah yang tahu
bila terjadinya.. . kerana persoalan ghaib atau sam'yyat itu urusan Allah
wahai akhiy...

Ringkasan:

Sabda Rasulullah:

"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)...
Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih
ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan
bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh
alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan
tiada lagi bumi..."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum
terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya
Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya. .. Begitu juga sebelum tibanya
Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum
terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun
yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini,
Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya,
langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi
hancur-sehancurnya. .. Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat
yang baru..."
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _

Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg
menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet
ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang
terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya
jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu
akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X
(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap
3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan
planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan
memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub
ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh
semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...

Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi
Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya
yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara
bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan).. .

Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di
banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3
tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji
benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari
ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)

Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari,
dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana
segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba,
berperang dengan pedang cara kuno...

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...
Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya
dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar
dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun
2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat
Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...

Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa
umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan
rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.

Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Wallahu a'lam....

Isnin, 22 Mac 2010

SUAMI MITHALI????

'Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut?


'Hello?'
'Abang, nie sayang nie,'
'emmm? '
'Abang masih ada di kelab lagi ye?'
'Iya.'

'sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru? cantik bang, boleh ke sayang beli?'
'Berapa harga nya?'
'Cuma $1500.00 aje'
'O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat'

'Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price? lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..'
'Berapa harga yang dia bagi?'
'Cuma $280,000? '
'O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.'

'Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi? '
'Apa?'
'Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan? pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantikkan bang.'
'Berapa harga yang mereka minta?'
'Cuma $740,000? o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.'
'Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?'

'OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!'
'Bye? I Love you too? '
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone? .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

'ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?'

Ahad, 21 Mac 2010

RAHSIA TAUGEH

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.



Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

JANGAN TOLAK......!!!!!!!

Ramai kaum wanita yang culas melakukan aktiviti seks terutama sekali bagi wanita yang bekerja. Kepenatan menjadi alasan buat wanita ini agar malam-malam mereka tidak diganggu. Kalau mahu mengadakan seks sekalipun biarlah dilakukan seminggu sekali ataupun dua minggu sekali. Rutin sebegini dianggap tidaklah memenatkan.

Tapi selepas ini mereka yang termasuk dalam kategori malas berhubungan seks berfikir sekali lagi tentang sikap tersebut. Sikap itu menyebabkan anda kerugian sesuatu yang cukup berharga dalam hidup iaitu tubuh yang sihat, awet muda dan badan yang langsing.

Sebenarnya inilah manfaat yang akan diperoleh sekiranya anda melakukan seks secara teratur setiap minggu. Kebaikan seks teratur bukan setakat tiga perkara ini saja, ada banyak lagi. MW menyenaraikannya untuk anda agar selepas ini anda lebih rajin melakukan seks. Jadi selepas ini jangan lagi menolak ajakan seks.

Katakan ya kepada seks!


10 manfaat seks teratur

1. Awet muda
Menurut kajian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu akan dilihat empat sampai tujuh tahun lebih muda dari usia sebenar. Sebabnya seks merupakan bentuk olahraga yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti lebih banyak oksigen yang dihantar ke tubuh melalui darah selain membawa nutrisi ke permukaan kulit.

2. Tubuh jadi cergas
Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, tapi anda tetap dapat membakar banyak aktiviti melalui rutin ini. Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan anda juga olahraga otot-otot secara menyeluruh.

3. Kekal langsing
Hubungan seksual meningkatkan tahap insulin seperti faktor penggalak (IGF) yakni hormon yang dapat mengawal aktiviti enzim dalam sel-sel yang bertanggung jawab pada metabolisme lemak. Tahap IGF lebih tinggi akan membantu menghancurkan lapisan lemak.

4. Meningkatkan kekebalan
Kajian telah menunjukkan bahawa orgasma dapat membantu merangsang sistem kekebalan. Ia meningkatkan tahap T3 dan T4 sel lymphocyte iaitu sejenis sel darah putih yang dapat menghasilkan antibodi dan menyerang jangkitan sebanyak 20 peratus.

5. Meningkatkan mood
Ketika seorang wanita mencapai orgasma, mereka mengeluarkan hormon seks yang disebut oksitoksin. Ia dihasilkan oleh bahagian dasar otak. Hormon ini dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kemesraan dan saling mendorong yang membantu meningkatkan pertalian di antara dua insan.

6. Mengurangkan tekanan
Ada bukti ilmiah yang kuat bahawa orgasma dapat menyumbang kepada pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia yang dikeluarkan otak serta bertindak sebagai penahan sakit yang efektif.

7. Membantu mencegah penyakit jantung
Seks memiliki kebaikan khusus bagi lelaki, terutama jika mereka berumur 40 tahun ke atas. Rutin seks yang teratur dapat membantu meningkatkan hormon testosteron sekali gus melindungi jantung.

8. Membantu kelancaran perjalanan darah
Seks adalah olahraga yang dapat meningkatkan perjalanan darah. Ia akan membantu oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah dengan lebih mudah.

9. Memanjangkan umur
Sekiranya seks teratur mampu memberikan tubuh dan kehidupan lebih sihat sudah tentunya risiko penyakit akan semakin kurang. Umur juga jika diizinkan Tuhan akan lebih panjang.

10. Menurunkan risiko kehamilan
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 mendapati bahawa wanita yang melakukan seks dalam hubungan jangka panjang memiliki risiko komplikasi lebih kecil dalam masa kehamilan.

hidup kite cume tige ari.....
kemarin.......
arie nie....
sok.....
jadi jagalah kesihatan anda seperti yang di tuntut oleh AGAMA

Selasa, 16 Mac 2010

MEMORI SEMALAM


Allahyarham cikgu Rusli bin Ibrahim




Anak pertama: Rabi'atul 'Adawiyah binti Rusli



Anak kedua: Muhammad Huzaifah bin Rusli

Ahad, 14 Mac 2010

Sabtu, 13 Mac 2010

TAFSIRAN MIMPI

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak





Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya
10. jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.
14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan


Bermimpi Akan Haiwan

1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

*p/s: Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena tidur sehingga sebelum waktu subuh.
Setiap perkara yang berlaku, berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui. Wassalam....

Rabu, 3 Mac 2010

REMEH-TEMEH

Semalam saya telah pergi berjumpa Pengetua sekolah baru anak saya, kerana menghantar surat tidak puas hati di bawah. Perkara ini adalah diatas saranan PPD. Entah kenapa kali ini saya boleh naik angin, sehingga saya menulis surat berikut dan pergi berjumpa dengan pengetua sekolah baru anak saya....

PENEMPATAN ANAK
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dukacita dimaklumkan, saya tidak puas hati perihal ketidakterimaan penempatan anak jagaan saya iaitu Fathimah Az-zahrah binti Rusli (Tingkatan 4) dan Muhammad Basyirul Hafiy bin Rusli (Tingkatan 1) pada hari pertama (01 Mac 2010) di sekolah tuan, oleh GPK HEM sekolah tuan.
3. Saya tidak puas hati adalah kerana perkara-perkara berikut:
3.1 Alasan ketiadaan fail dan fail tidak lengkap daripada sekolah lama
sedangkan perkara ini boleh diuruskan selepas anak-anak ini masuk ke
sekolah dan jika fail itu tidak ada, boleh dibuat fail baru
3.2 Ketiadaan fail/fail tidak lengkap ini bukan disebabkan oleh kesalahan
anak saya,tetapi kerana kesilapan sekolah lama yang tidak menyediakan
fail tersebut sedangkan permohonan pertukaran tersebut telah di hantar
seminggu sebelum tarikh pertukaran. Pihak pejabat sekolah lama mengarah
saya/ anak saya untuk mencari/meminta fail itu sendiri kepada guru
kelas yang mana sepatutnya pihak sekolah menyediakan fail tersebut
apabila tahu murid tersebut ingin bertukar
3.2 Alasan berambut panjang sedangkan perkara ini boleh diuruskan kemudian
3.3 Murid tidak ditempatkan di kelas yang sepatutnya setelah murid ini
mendaftar, sehingga murid ini keberatan untuk pergi ke sekolah pada hari
berikutnya kerana tidak tahu mahu memasuki kelas mana. Murid
sepatutnya ditetapkan kelas setelah mendaftar dan GPK HEM tidak ada
kuasa untuk menghalang murid ini untuk masuk ke kelas.
3.4 Pihak berkenaan tidak memaklumkan kepada saya perkara yang berlaku
sedangkan saya telah meninggalkan nombor telefon saya sebelum saya
meninggalkan murid berkenaan di sekolah tuan, sebaliknya mengarahkan
anak ini menelefon saya sendiri. Berdosakah/salahkah pihak tuan untuk
menelefon saya untuk memaklumkan kepada saya perkara yang sebenarnya.
Sebaliknya saya yang menelefon ke sekolah setelah anak saya menelefon
untuk menjemput mereka.
4. Sayugia saya sebagai hamba Allah yang memang tidak sempurna ingin mengingatkan (kepada diri sendiri juga) sedaya termampu supaya menjaga hubungan sesama manusia. Sebagai manusia sesama manusia seharusnya kita ada sifat toleransi dan budi bicara kerana perkara tersebut di atas bukan tidak boleh diselesaikan kemudian dan salah di sisi undang-undang jika kita menafikan hak untuk seseorang murid itu belajar . Dosa kepada Allah kita boleh minta ampun kepada Allah dan Allah itu Maha Pengampun, dosa sesama manusia kena minta maaf kepada manusia itu sendiri, jika manusia itu tidak mahu maafkan?
5. Besarlah harapan saya agar perkara ini dapat diselesaikan sebaik mungkin oleh pihak tuan, segala keterlanjuran kata saya mohon ampun dan maaf. Kepada Allah kita berserah.
Sekian, terima kasih.